❤ Assalamualaikum My Lovely Readers ❤
....................................................
Dicintai oleh seseorang yang kita juga mencintai dia . Sungguh indah sekali perasaan itu . Pedih dan perit . Kita perlu bersedia untuk merasai kepedihan yang bakal kita tempuhi suatu hari nanti . Kedua-dua perasaan itu telah aku rasai . Disakiti oleh orang yang benar-benar kita cintai , hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana rasanya . Dan apabila kita sudah mahu melupakan orang itu dan mahu mencipta kehidupan baru ., dia muncul kembali dalam hidup kita . Mengeluarkan janji-janji manis seperti dulu . Maaf . Saya bukan saya yang dulu .
Mencintai dua orang dalam masa yang sama amat mustahil bagi diriku . Tetapi , sekiranya berlaku . Itu memang salahku kerana membenarkan hati aku mencintai dua orang sekali gus . Aku hanya mampu pilih seorang daripada mereka . Bukan kedua-duanya . Maafkan aku sekiranya bukan engkau yang aku pilih . Mungkin dia mempunyai kelebihan menarik hati aku daripada kau .
Masing-masing sudah mempunyai pasangan . Aku ada Dia dan Engkau ada Dia . Sekiranya memang Engkau jodoh aku . Aku redha . Biarlah takdir yang menentukan . Aku hanya menurut takdir . Benar , kau yang aku sayang dan aku cinta . Tetapi , aku harus melupakan kau untuk Dia . Dan kau juga harus lupakan aku untuk Dia . Sangat tidak adil jika kita tidak menyayangi mereka dengan ikhlas . Kau harus merelakan aku pergi .
Maafkan aku . Lupakan aku . Bencilah aku jika kau mampu . Sekiranya kau ikhlas menyayangi aku , tolonglah lupakan aku . Buang aku dalam hati kau . Aku memang tak mampu berbuat sedemikian . Kau lelaki dan kau boleh melakukannya .
Seseorang yang kau sayangi ❤
Nur Aliah
#Apa yang aku merepek ?? Hhahhahha :D Entah ? Buat-2 paham jeler ... LOL -.- Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia :) ❤
No comments:
Post a Comment